Ini adalah usrah Mr Halim tentang Institusi Baitul Mal..mari kita lihat kandunganya.
-3 bahagian utama dibincangkan iaitu zakat,waqf dan qirat
|
Zakat |
Waqf |
Qirat |
|
Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah: o ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. o ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya. o ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat. o ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam. o ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya. o ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan
i. Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. ii. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak. iii. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan
o ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.contohnya:penghafaz al-quran o ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
-Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya. -Pengembaraan diharuskan oleh syarak
PERHATIAN:
Zakat perlu diagihkan kepada fakir dan miskin sehingga mereka keluar dari keadaan tersebut dan bukannya sekadar hanya memberi bantuan sementara.
Janda yang mempunyai anak kecil dan orang tua yang sakit/org muda yang sakit tidak boleh berkerja juga layak mendapat zakat
|
Pengumpulan Khazanah Negara
DEFINISI KEKAYAAN DALAM ISLAM: Kekeyaan dalam Islam adalah berapa banyak harta kita bermanfaat atau dibelanjakan kepada orang lain dan bukannya berapa banyak harta yang dikumpul.
KONSEP:
Masyarakat akan menyalurkan lebihan harta mereka ke bahagian ini unruk diagihkan kepada orang yang betul2 memerlukan Dengan definisi kekayaan dan konsep waqf ini jika dijalankan dgn betul mengikut syariat islam,kita dapat mengatasi masyarakat yang terlampau kaya seterusnya mengurangkan atau menghapuskan sama sekali golongan fakir dan miskin.
|
Menjalankan perniagaan seperti institusi perbankan sekarang tetapi tidak mengamalkan riba’
Perniagaan yang dijalankan berdasarkan “profit sharing” Profit Sharing-tidak ada konsep “guarantee profit” iaitu untung rugi akan dikongsi sepenuhnya oleh pelabur dan juga pengurus |
LAIN-LAIN PERKARA BERKAITAN:
Institusi Zakat mempunyai 2 bahagian:
-Bahagian Pengumpumpulan
Bahagian ini perlu juga keluar memberi pendidikan/kefahaman tentang zakat kepada masyarakat.Kefahaman tentang zakat mensucikan harta dan rezeki yang kita ada adalah milik Allah dan kita hanya menguruskanya perlu dititik beratkan agar mereka memahami zakat dengan lebih mendalam.S
-Bahagian pengagihan Zakat
Bahagian pengagihan zakat perlu memainkan peranan yang penting.Mereka perlu keluar mencari orang yang layak mendapat bahagian zakat dan bukannya sekadar berada di pusat zakat tertentu sahaja.
Untuk melaksanakan tangungjawab ini,pengurus zakat perlu mempunyai HR yang mantap.Pada zaman kegemilangan islam,orang yang menjaga bahagian ini adalah orang yang alim/kuat beribadat.Salah satu criteria adalah tidak pernah tinggal solat berjemaah selepas baligh,tidak meninggal solat tahajud dan sebagainya etc.
-Masalah penyelewengan dalam Baitul Mal tidak mungkin wujud kerana mereka mendapat antara gaji yang tertinggi untuk sektor awam.Dengan ini ketelusan Institusi Zakat dapat terpelihara dan dipercayai.

