Usrah Bersama Penasihat (Mr Halim)
11 Mac 2008
Tajuk : Riba’
Usrah bersama Mr Halim petang Selasa itu, dihadiri oleh lebih kurang 6 Muslimat dan 3 Muslimin,bermula pada pukul 3.30 petang di Masjid Al-Irsyad, tajuk yang dibincangkan hari itu sangat menarik, iaitu tentang riba’.Berikut merupakan antara isi kandungan usrah yang dapat saya catatkan dan semoga dapat dikongsi bersama mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir.
Riba’ secara literal bermaksud naik.Maksud sebenar Riba’ tidak diperjelaskan secara terperinci dalam Al-Quran seperti definisi Khamar.Khamar adalah segala benda yang memabukkan dan menyebabkan kehilangan waras akal,dan ianya tidak tertakluk kepada arak sahaja.Oleh itu,sehingga kini, kita boleh mendefinisikan dadah itu sebagai khamar dan ianya terjatuh hukum sebagai haram.Namun di dalam hal riba’, kita perlu menggunakan qias,atau logik akal dalam mendefinisikan apa itu riba’.
Persoalan sering muncul dalam urusan perdagangan,ada pendapat mengatakan bahawa ia sendiri mempunyai unsur riba,kerana kenaikan harga sering berlaku,lalu berlakulah riba’.Pendapat ini harus disangkal dan ditolak dengan hujah bahawa jika kita rujuk pada sirah Nabi saw,Semasa Nabi berdagang dari Mekah ke Syam,Nabi naikkan harga apabila tiba di Syam(Syria).Ianya tidak dikira sebagai riba’ kerana dalam urusan perdagangan itu berlakunya dua faktor iaitu:
1.Adanya usaha dari phak penjual
2.Risiko
Kerana pada perjalanan Rasulullah ke Syam,adanya risiko untuk dirompak,barang tidak terjual,dan perlukan usaha untuk mengangkut barang dan sebagainya dan adanya unsur tawakal.Oleh itu,jika dibandingkan dengan urusan jual beli zaman ini, tiadanya 2 faktor ini yang menyebabkan harga barangnya naik dan adanya unsur riba’ .
Sebagai contoh, kita lihat pada urusan perbankan masa kini, walhal bank Islam sekalipun, mengapa kata adanya unsur riba’? kerana seharusnya orang yang membeli atau meminjam duit itu sendiri yang pergi ke Bank,maka kita lihat tiada unsur usaha dari pihak penjual atau peminjam.Tambahan pula,tiada risiko dihadapi oleh pihak bank, kerana pembeli sendiri yang datang dan adanya gerenti.Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan kembali.
Halalan Toyyiban.Kebanyakan dari kita hanya pentingkan kehalalan,namun kita terlalu lupa kebersihannya.Perkataan tersebut bermaksud yang baik lagi bersih.Makanan yang masuk ke dalam tubuh badan mestilah halal dan bersih dari sebarang unsur riba’,kerana ia akan menjadi darah daging,zarah-zarah dalam badan dan membentuk keseluruhan sifat manusia hasil dari apa yang kita usahakan.
Dalam urusan berdagang dan urusan seharian,sebenarnya yang penting adalah
Ihsan
mempercayai bahawa setiap apa yang kita lakukan diperhatikan oleh Pencipta.Jika dalam setiap insan terdapat unsur Ihsan,maka kejujuran dalam berniaga mestilah tidak bertepi.
“Ku letakkan wajahku pada Mu Ya Allah”
Ketelusan dalam berdagang adalah amat penting untuk mengelakkan unsur riba’ berlaku,penjual harus memberitahu mengapa harga itu harus dinaikkan,adanya usaha dan risiko yang memadai untuk dijelaskan pada pembeli.
Mengapa riba’ diharamkan?
Jika difikir secara logik akal, orang yang ingin meminjam duit adalah orang yang tidak berduit dan terdesak,meminta dari yang berkemampuan.Orang yang memberi pinjaman tidak berhak untuk menindas mereka yang tidak berkemampuan dengan menambah unsur bunga dalam pinjaman untuk dipulangkan nanti,seperti yang berlaku pada zaman kini,nak pinjam pun mesti berduit,jumlah yang dipinjam pun belum tentu dapat dipulangkan,ditambah pula dengan bunga,maka,yang susah semakin tertindas.Pendek kata,riba; terdapatnya unsur-unsur penindasan.
Shariah Board mengatakan bahawa interest boleh naik selagi ianya kurang 5%.Realiti sebenar,tiada tahap penentu samada ia adalah riba’ atau tidak.selagi adanya unsur penindasan,ia adalah haram.Sebagai contoh,segelas air jernih yang boleh diminum, jika dimasukkan sedikit najis yang tidak mengubah warna air tersebut namun kita tahu adanya najis dalam air tersebut,adakah kita akan minum?fikirkan dan cuba lakukan sesuatu.
Usrah petang tu terasa amat bermakna,walaupun dalam masa-masa sebegini dengan hujan yang lebat,sungguh seronok untuk tidur, namun terasa syukurnya dengan bertambahnya ilmu dalam dada.Mr Halim bertanya kepada kami,sekarang pukul berapa?
Kami semua tengok jam..
“Kamu tau tak jam yang kamu pakai tu..tak betul?jam digital takpe,ni jam yang ade jarum tu..”
Saya menyorokkan jam tangan yang dipakai.
“Kita telah diajar,anti clock wise dan clock wise,sebenarnya itu adalah salah,anti clock wise itu sebenarnya arah yang benar dalam mengira masa, tawaf dari lawan jam,bumi berpusing melawan jam.Ini semua adalah agenda “mereka” supaya dakyah-dakyah negatif senang termasuk dalam diri kita.Kita telah beku dengan apa yang mereka hasilkan.”
Mr Halim memberi satu hadis,yang meniupkan lagi perjuangan kami..
” ummah ku pada akhir zaman adalah seperti seperti buih di laut,betapa tipisnya iman ,mereka yang memegang sunnahku seperti berjalan di atas bara api,namun aku mahu mereka memegang sunnahku dengan erat seperti mencengkam sesuatu di gerahamnya.”
(saya x pasti hadis tu bersambung atau tidak,kalau sesiapa yang ada sumber yang tertulis perawinya betulkanlah saya
)
Usrah Mr Halim: Selasa dan Khamis
Waktu: 3.30 petang-4.30 petang
Tempat: Masjid Al-Irsyad
Ditulis oleh,
Siti Suraya Binti Abd Razak (Exco Academic)
12/3/08 2.20 petang